Friday, January 2, 2009

pemahaman tentang cinta..

Friday, January 2, 2009
1) Cinta bukan skadar perasaan menyayangi semata-mata, tetapi apa yang lebih penting adalah harus juga ada keikhlasan kerana perasaan menyayangi boleh datang dan pergi begitu saja. Cinta juga tidak akan berakhir kerana memang cinta tidak harus berakhir.

2) Ketika kamu mencintai seseorang, janganlah mengaharapkan balasan. Jika kamu memikirkan hal tersebut, kamu bukan mencintai tetapi cuba untuk mengahrapkan sesuatu.

3) Cinta tidak akan indah jika pasangan tidak mampu menjadi sahabat bagi pasangannya. kekasih terbaik adalah sahabat terhebat.

4) Cintailah seseorang seperti sungai yang akan mengalir selamanya. Kerana jika kamu mencintai seseorang seperti bunga, bunga akan mati saat musim berganti.

5) Jangan pernah merasa takut untuk jatuh cinta kerana akan terasa menyakitkan saat kamu diabaikan ataupun sendiri yang menyebabkan rasa sakit itu tercipta. Jangan terlalu mengikut kata hati kerana akan membuat kamu semakin terluka dan terus menerus menangis merenungi rasa sakit itu.

6) Saat mencintai seseorang, kamu harus mempersiapkan diri untuk menerima penderitaan. Bukan cinta andai ianya hanya membahagiakan.

7) Saat mencintai seseorang,jangan pernah berharap si dia akan mencintai kamu sama seperti kamu mencintainya. Kerana salah seorang di antara kamu pasti akan memberikan lebih dan seorang lagi kurang.

8) Sebuah cinta sejati mampu mendengarkan apa yang tidak dikatakan dan mengerti apa yang tidak dijelaskan. Kerana cinta tidak datang dari mulut dan lidah ataupun fikiran seseorang, tetapi lahir dari hati yang paling dalam.

0 reaksi: