Sunday, November 23, 2008

car ambil hati bakal mentua..

Sunday, November 23, 2008

advanced tajuk ni.hihihi..tp,korang2 mesti akn rase ati ni berdegup2 kencang,sehari sblm jumpe xleh tido dah,n macm2 lagi la..mmg akn terpikr "apakah penerimaan mereka terhadap kita nanti.."
urrm...
yg penting,jadila diri sendiri n jangan la hipokrit.kt bwh ni ade beberapa tips yg boleh kite kongsi2 same2 pada bakal2 menantu ni..boleh la sedikit sebannyak jadi panduan.korang ade tips lagi x??klu ade,kongsi2 ler kat aku.
:girl_9:
Hobi
Tanyalah terlebih dahulu kepada pasangan mengenai hobi ibubapanya. Setelah
mengetahuinya , bacalah maklumat tentang hobi mereka.

Tumpukan Perhatian

Apabila mereka bertanya, jawablah soalan dengan baik. Apabila mereka
menceritakan sesuatu, beri perhatian dan dengarlah dengan baik. Ini kali
pertama anda bertemu mereka, jadi kurangkan celoteh anda. Anda akan
berpeluang untuk berceloteh di lain-lain pertemuan.


Bawa Buah Tangan
Tujuan anda menemui mereka adalah untuk mengambil hati mereka bukan? Maka
tiada salahnya jika anda membelikan buah tangan seperti buah-buahan atau
kuih-muih. Ini akan mengambarkan bahawa anda bukanlah seorang yang kedekut.

Kekasih Lama
Walau macamana hebat pun bekas kekasih anda, jangan sekali-kali anda
bercerita mengenai bekas kekasih di hadapan bakal mertua. Walaupun bekas
kekasih anda adalah anak saudara kepada bakal mertua. Elak untuk menjawab
secara spesifik.

Kesesuaian Pakaian
Pastikan anda berpakaian kemas dan rambut tersisir rapi. Bagi yang lelaki,
elakkan daripada memakai jeans koyak walaupun ianya fesyen terkini. Bagi
yang wanita, paling selamat, anda boleh memilih untuk memakai baju kurung
dan jangan kenakan mekap yang keterlaluan.

Ringan Tulang
Jika tuan rumah menjamu makanan, bagi wanita eloklah kiranya anda melawat ke
dapur samada untuk membantu menyiapkan hidangan ataupun setelah selesai,
anda boleh membantu mengemaskan meja. Walaupun tuan rumah medesak supaya
anda tidak membantu, sekurang-kurangnya angkatlah pinggan anda ke dapur.

Bukan bakal mertua sahaja yang sedang membuat penilaian terhadap anda,
bahkan anda juga berhak untuk membuat penilaian terhadap keluarga tersebut.
Anda seharusnya menilai samada anda boleh menerima cara hidup mereka kerana
setelah berkahwin nanti, mereka juga akan menjadi sebahagian daripada hidup
anda.

1 reaksi:

Siti Sarah Hassan said...

um... baguih dok ada petua tu...
cuma, jadilah diri sendiri.
tu ja tips dari akak mu yg di kejauhan