Monday, October 20, 2008

tanggungjawab suami..

Monday, October 20, 2008

tibe2 aku nk post psl mende alah ni..xtau la nape..takpe2,ni untuk panduan korang n aku skali yg bakal mendirikan rumahtangga wpun xtau bile..hihihi..
jgn ingt,perkahwinan tu mudah ye..
kne pikirkn bnyk aspek tau..

tanggungjawab suami:

Sangat bertanggungjawab ke atas isteri, anak-anak sertaorang-orang yang di bawah jagaannya termasuk ibu bapayang sudah tua dan orang gaji sekiranya ada.

Memberi ilmu dan didikan agama kepada isteri dan anak-anak.

Menyediakan nafkah lahir seperti makan minum, pakaian,tempat tinggal dan kesihatan kepada isteri dan anak-anak.

Suami tidak berkasar terhadap isteri dan anak-anak. Selakuketua keluarga, suami lebih utama menonjolkan sikap kasih sayang dan prihatin.

Sekiranya isteri atau anak-anak membuat salah, hendaklah diberi tunjuk ajar.

Suami hendaklah bertimbang rasa kepada isteri. Amatjarang tetapi bukan tiada langsung di kalangan wanitayang kuat jiwa dan akal, melainkan mereka lebih didorongoleh perasaan. Sebab itu wanita amat mudah marah,merungut, mendongkol, merajuk, membebel. Ini semuaadalah bentuk-bentuk luahan perasaan mereka.

Ketika isteri kesedihan, suami hendaklah menghiburkan-nya. Tumpang simpati memang disuruh, tetapi jangan tu-rut terbawa-bawa dengan kesedihan isteri.

Suami sentiasa memberi kerjasama terhadap isteri.

Suami tidak memandang kepada wanita lain. Memandang di sini ada dua maksud iaitu memandang dengan mata kasar secara lahiriah dan memandang dalam erti kata memberi perhatian atau memberi perasaan terhadap wanita lain.
Berbincang bersama. Sama ada dalam soal masalah atauperancangan keluarga, elok dibincangkan bersama supaya terjamin memperolehi penyelesaian yang tepat dan memuaskan.

Kejahatan, kelemahan dan kesilapan isteri tidak didedahkan kepada orang lain.

Sentiasa merendah diri kepada isteri, atau dengan istilah lain sebagai tawadhuk seperti tidak ego atau sombong.

Suami sentiasa kasih kepada isteri.


post psl tanggungjwb isteri nnt2 ye..:girl_4:



3 reaksi:

amerbourdon said...

huhuhu..terima kaseh kerana mengingatkan..

missy suzi said...

post nk mkn penampo!!!
hahahahahahaha~

siti salwa@wawa said...

same2 abg amer...huhuhu..

uji,ko nk aku post ape lg??posmen ke??haa..